AL-FATIHAH - ISTERI JALALUDDIN HASSAN KEMBALI KE RAHMATULLAH

Takziah diucapkan buat pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan atas pemergian isteri tercintanya, Datin Hasimah Mad Ihsan.

Ketika dihubungi BH, Datuk Jalaluddin mengesahkan bahawa isterinya itu meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)




"Pembedahan yang dilakukan berjaya untuk membuka kembali saluran jantung. Namun, isteri mempunyai penyakit kencing manis dan masalah paru-paru memaksa doktor untuk mengawalnya ketika pembedahan.

"Saya dimaklumkan berlaku komplikasi selepas pembedahan dan doktor mengesahkan isteri saya meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi.

"Jenazah sudah dibawa ke rumah dan akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," katanya.



Berita sedih ini turut dimaklumkan oleh pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira di laman Instagramnya.

"Al fatihah isteri kepada abang jalal.. kak shima...yang sentiasa senyum .. penyabar.. ibu mithali. Love ya.. semoga di tempatkan orang-orang beriman.. takziah buat keluarga Dato Jalaluddin Hassan...," maklum Shiera.

Terdahulu sekitar bulan Ogos lalu menerusi Berita Harian, Datuk Jalaluddin meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang menderita penyakit paru-paru berair dilihat semakin sihat.

Jalaluddin, bagaimanapun berkata, isteri beliau akan dirujuk ke bahagian pakar jantung di Hospital Serdang pula memandangkan bahagian organ terbabit tidak berfungsi secara baik.


Sumber & foto: shieraijoy IG & Berita Harian
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment