Orang awam menyamar jadi polis terlibat dalam kes curi motosikal


SPRM tangkap POLIS...tangkaplah tapi tak perlu sepak terajang...
Posted by Tok Dinz on Wednesday, October 12, 2016
Klip video anggota polis dibelasah SPRM palsu. KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan individu yang kononnya dipukul oleh sekumpulan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang disebarkan dalam klip video menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini adalah orang awam dan bukannya anggota daripada pihak berkuasa terbabit. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, semakan PDRM mendapati, pemuda yang dibelasah tersebut merupakan orang awam yang menyamar sebagai anggota polis dan terlibat dalam kes curi motosikal di Kuantan, Pahang pada bulan lepas. “Individu itu ditangkap oleh orang ramai di Rawang, Selangor pada 5 Oktober lepas dan telah diserahkan kepada pihak polis. “Jelasnya, ia tidak melibatkan kes SPRM atau mana-mana pegawai agensi berkenaan seperti yang didakwa dalam video yang telah tersebar itu,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi. Menurutnya, PDRM memandang serius terhadap penyebaran video itu kerana ia boleh menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua agensi terbabit. “PDRM juga ingin menasihatkan supaya orang ramai tidak menyebarkan berita palsu itu kerana ia mampu menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap kedua-dua agensi berkenaan,” tambahnya. - K! ONLINE
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment